Metafizik, hijrah..
December 19th, 2008 by fasihaBaru berlepas minggu-minggu yg lalu, aku dibayangi pola metafizik.
Metafizik??!!
Berapa tarikh lahir anda? kenapa anda berbeza dari yang lain… Owhh! tuhan maha kaya… andai kita dibuka hijab, akal fikiran pasti setiap org takkan t’lepas lidahnya dari mengucap perkataan syukur, diiringi dengan perbuatan syukur.
Mgkn biasa kita mendengar sifat melalui tarikh lahir, giliran anak, unsur alam dan macam-macam lagi. Ada juga kita mendengar sifat yg buruk serta kekurangan yg ada pada diri kita. Tapi itu hanyalah panduan…. ia bukan terikat sebagai takdir. Panduan bagaimana? Ye, panduan itu kita buat sempadan untuk perbaiki diri kita.
Berkongsi sdkt tentang diri saya yg memilikki ‘root’ kayu; memang mudah menjadi sahabat kepada ‘root’ air. Boleh juga ngam dengan root ‘api’. Bagaimana dengan ‘root’ tanah dan besi? Bukan alasan untuk bermusuh tetapi perlu mencari penyesuaian dengan kaedah tertentu.
Selama berpuluh tahun hidup ni, saya mengimbas peristiwa2 lepas, pengalaman semasa berada di kolej sedikit sebanyak menunjukkan kebenaran pada root nombor 9 saya. Kini saya ingin mengulang kembali sejarah itu, tetapi dalam konteks yang lebih luas dan cabaran yang berlipat kali ganda hebatnya. Kini saya merasakan ia sudah bermula dibibit-bibit langkah pertama.
Oh! lambatnya, dah usia begini baru nak bermula sekali lagi?
Well, selagi ada nyawa bernafas, kita masih punya masa untuk perbaiki apa saja yang ada pada diri dan persekitaran kita. Berhijrah untuk memindahkan ‘brand’ diri kita ke tahap yang lebih baik. Jangan takut untuk dikritik oleh orang lain kerana penjenamaan diri kita tidak sama dengan mereka, matlamat kita juga berbeza dengan mereka. Tapi yang menyamakan tujuan kita adalah kerana tuhan bagi yang memikirkan itu.
Berubah, berhijrahlah untuk kita nyalakan semula cahaya diri untuk sekeliling kita. Jangan menyalakan cahaya untuk diri sendiri sahaja, itu pelokek, kedekut, penting diri sendiri yang akhirnya memusnahkan diri sendiri.
Kenalilah diri kita, kenallah dengan macam-macam cara untuk perbaikki kehidupan……Allah lebih mengetahui segalanya yang akan menunaikan apa saja yang kita pohon.
Salam Maal Hijrah 1430H.